Sunday 18 November 2012

Reflection: Week 9

Reflection Week 9


Assalamualaikum



Pada minggu ini sama saperti minggu lepas jugak, saya stress lagi apabila PHPMyAdmin x boleh nak buka walaupun masukkan username dan password yang betul. Namun, perkhabaran gembira buat saya apabila Dr Zaida kata minggu ini kali terakhir kami belajar ASP,PHP dan Dreamweaver. Selepas ini, kami akan belajar menggunakan Adobe Flash CS3. Nak tau kenapa saya gembira?? Sebabnya xderla saya tertinggal semasa Dr Zaida tgh buat di depan kerana PHPMyAdmin x boleh buka. Namun, saya juga rasa x puas lagi untuk belajar ASP, PHP dan Dreamweaver =( Pasni kena la explore sendiri. I think it is more fun if we could learn together with friends and a lecturer. Kita boleh saling bantu membantu antara satu sama lain. Let’s move on to our reflection this week.


Minggu ini, Dr Zaida mengajar untuk membina borang soal selidik. Rasional membina borang soal selidik ini adalah memudahkan anda semasa membuat research study. Selalunya kita akan membina soal selidik untuk mendapatkan feedback daripada responden. Jadinya, kita x payah la membazir duit untuk photostat soal selidik yang banyak. Dengan adanya borang soal selidik ini, kita boleh menghantar ke responden melalui email. Untuk membuat borang soal selidik ini boleh digunakan beberapa elemen seperti text fields, multi line text fields, radio buttons, check boxes dan drop-down lines. Namun kali ini, Dr Zaida mengajar menggunakan elemen Radio Group di dalam soal selidik, membina database di dalam PHPMyAdmin. Radio Buttons mesti diletakkan di dalam group, supaya hanya satu sahaja jawapan yang akan dipilih oleh responden berdasarkan soalan yang diberikan dalam satu-satu masa.


Langkah-langkah membuat Radio Group adalah seperti berikut:

  1. Kita bina dahulu soalan dan diikuti dengan Radio Group ini untuk memudahkan menyusun antara soalan dengan jawapan.  

Menu > Insert > Form > Radio Group


    2.  Setelah siap membuat soalan dan pilihan jawapan, simpan fail tersebut dan buat     connection database.

Server Behavior > Insert Record

    3.  Membuat Submit Button untuk menghantar dan menyimpan data di dalam pangkalan data.


Nah ini la hasilnya selepas membuat Borang Soal Selidik dalam kelas 




Hasil jawapan survey di dalam database







Adobe Flash CS3




Sebelum mengakhiri kelas pada minggu ini, Dr Zaida ada masuk sedikit pasal Adobe Flash CS3 ni.. Adobe Flash CS3 ini mempunyai Flash Action Script 2.0 kerana lebih mudah dan sesuai untuk pengguna baru. Owh x lupa juga, belajar Adobe Flash ini juga ada group FB (Learning Adobe Flash 2012 / 2013) seperti belajar Dreamweaver.

Bila terkenang balik project yang pernah buat dulu masa Matrik mesti gelak sowang2.. Sebabnya buat flash ni memang fun, excited, easy la,terasa mcm kanak-kanak ribena. Dulu masa Matrik, ada buat kereta akan menaiki gunung. Tp bila run flash, lain plak jadinya. Kete menaiki di udara tanpa ada gunung. Gunung hilang ke mana la plak. Lepas tu, kete x naik secara smooth, dia naik tunggang langgang. Bila tgk memang klalar hbs la.. Umm windu plak saat tu =( Tapi kali ini mesti membuat flash yang lebih complicated. Saya pun kena fokus pada flash ni sebab research study saya ada berkaitan dengan membina flash huhuhu..

Kemudian, Dr Zaida menyuruh kami untuk explore sendiri tentang flash semasa mid term break supaya nanti pada kelas akan datang, xder la rasa janggal. Dr Zaida juga ada menerangkan serba sedikit mengenai sejarah adobe flash yang sebelum ini dipunyai oleh macromedia dan kemudiannya telah dibeli oleh adobe pada tahun 2005.

No comments:

Post a Comment