Thursday 15 November 2012

Reflection: Week 3


Reflection Week 3


Assalamualaikum


Minggu ini merupakan kelas authoring pada minggu yang ketiga.. Kami masih lagi belajar mengenai Active Server Pages (ASP).  Minggu ini saya belajar langkah-langkah untuk install Internet Information Services (IIS) dan How to Create a Contact Form in Dreamweaver CS3 using ASP. Sebelum ini kami dh belajar apa itu ASP dan PHP. Jadi saya ingin mengulangi sedikit berkaitan dengan ASP. Webpages yang disimpan dalam format .asp tidak boleh dilihat dalam web browser tanpa install web server terlebih dahulu. Web server yang dimaksudkan itu adalah Internet Information Services (IIS). Oleh sebab itu, ASP adalah singkatan bagi Active Server Pages, kerana no server, no active pages. Cara setup IIS berbeza mengikut jenis OS yang digunakan untuk komputer itu. Dalam lab, kami belajar untuk install IIS dengan menggunakan windows XP. Web server IIS sesuai install dalam Windows 2000/XP Pro/NT4. Manakala membina contact form dalam Dreamweaver CS2.




Installing IIS on Windows XP Pro

Langkah-langkah untuk install IIS adalah seperti berikut:
  1.       On the Start menu, click Control Panel.
  2.       Double-click Add or Remove Programs.
  3.       Click Add/Remove Windows Components.
  4.       Click Internet Information Services (IIS) and then click Details.
  5.       In IIS, select the check boxes for SMTP Service and World Wide Web Service, and then click OK.
  6.       In Windows Component selection. Ensure that the IIS check box is selected, and then click OK to install the components that you selected.
  7.       Once IIS is installed on your machine, you can view your home page in a web browser by typing ‘http://localhost’into the address bar of your web browser.
  8.       Your default web directory to place your web site in is ‘C:\inetpub\wwwroot’, but if you     don’t want to over write the IIS documentation found in this directory you can set up your own virtual directory through the IIS console.


Okay dah selesai install!!!! Tetapi kita perlu periksa balik sama ada kita install dengan betul atau tidak. Senang saja nak periksa,
1
  1.       Kita buka balik C, kalau tidak ada folder nama inetpub, maknanya kita tidak   berjaya install dengan betul.
  2.       Kita boleh lihat IIS pada Administrative Tools sekiranya kita berjaya install dengan betul.


Lepas habis kuliah pada minggu itu, saya cuba untuk install IIS dalam laptop sendiri tetapi mengalami masalah.. Masalahnya ialah semasa proses install IIS, Windows minta masukkan Windows XP Professional CD-ROM hehehe.. Kantoi di situ kerana tidak menggunakan windows yang original. Tetapi tiada masalah sebab bro wan hazani ada CD-ROM untuk dipinjamkan.. Tq bro sebab dh berjaya install lepas tu =D



How to Create a Contact Form in 
Dreamweaver CS3 using ASP

Seterusnya, saya belajar untuk buat contact form dalam Dreamweaver.. Dalam lab computer fakulti pendidikan hanya menggunakan Dreamweaver CS2 je yea =D. Saya telah install Dreamweaver CS3 dalam laptop. Kedua-dua versi adalah lebih kurang sama. Pelbagai nota dan tutorial mengenai Dreamweaver CS3 boleh didapati dalam google dan youtube.Okay, langkah-langkah untuk buat contact form adalah seperti berikut:


  1.  Setup a Site
Semasa setup site,kita perlu memilih untuk menggunakan server technology. Untuk kelas minggu ini, sudah tentu kita harus memilih ASP VBSricpt sebab belajar tentang ASP =p. Peringatan!!!! Anda perlu install IIS dulu dalam laptop/ desktop.Jangan membuat inetpub secara manual.
    

    2.   Setup the Database file in Access
Kita harus menukar path kepada tempat yang kita kehendaki  seperti
C:/inetpub/wwwroot/project

Database perlulah save dalam format MS Access 2002-2003 (.mdb). Contoh: project.mdb
Perlu diingatkan juga bahawa jika kita mempunyai 5 perkara yang perlu diletakkan dalam contact form (surname, firstname,email,website,message), bilangan field adalah 6. Formula bagi bilangan field adalah

field = n+1 (ID-Primary Key)
field = 5+1
field = 6


   3.     Setup Contact Form
           Dalam kelas minggu ini, saya belajar memasukkan form,label, text boxes, text area      
                dan submit button. Properties untuk setiap text fields juga perlu diambil kira mengikut  
                 kesesuaian contact form yang ingin dihasilkan.



    4.   Setup the Connection
                Untuk setup connection, kita menggunakan Custom Connection String atau juga    
          dikenali sebagai DSN-less. Ada dua jenis connection string:

1.     Jika kita mengetahui path bagi pangkalan data (Path tetap).
“Driver={Microsoft Access Driver (*.mdb)};DBQ=c:\inetpub\wwwroot\data\project.mdb;”
“Provider=Microsoft.Jet.OLEDB.4.0;Data Source=c:\inetpub\wwwroot\data\project.mdb;”


Nota:
project adalah pangkalan data(project.mdb) yang dibuat dalam Step 1 dalam Microsoft Access.2. 


2.    Jika site dikendalikan oleh ISP dan kita tidak mengetahui path bagi pangkalan data, kita   gunakan kaedah MapPath dalam connection string
“Driver={Microsoft Access Driver (*.mdb)}; DBQ=”&Server.MapPath(“/data/project.mdb”)

Peringatan!!! 
Sila pastikan pangkalan data anda tutup semasa membuat Test Connection.

      
       5.       Writing a data into a database using Insert Record
Kemudian, untuk memasukkan data ke dalam database, kami menggunakan insert record. Dalam langkah ini, saya perlu pastikan nama setiap item dalam text field adalah sama dengan text field di MS access.


       6.       Reading/viewing a data from a database using RecordSet.
           Untuk membaca atau view data dari database, RecordSet perlu dibuat. Disini kami      
           perlu buat satu lagi file asp didalam dreanweaver untuk fungsi view. Selepas itu,    
           menggunakan connection yang telah dibuat sebelum ini, masukkan recordset ke dalam 
           file view.asp. Tambahan lagi, untuk view semua data yang diisi oleh pengguna dalam 
           satu file, repeat region boleh digunakan.


        7.      Execute the file




Masalah yang mungkin berlaku semasa membuat contact form

                    1.       Operation must use an updateable query
              Microsoft OLE DB Provider for ODBC Drivers error ‘80004005’ [Microsoft]  
              [ODBC Microsoft Access Driver] Operation must use an updateable query.

              Bila berlaku?
              Semasa anda ingin insert atau update pangkalan data dalam Microsoft Access.

              Penyelesaian:
              Anda perlu setup permissions to write to the database dalam IIS.



            2.     Jika anda tidak berjaya untuk “Test Connection”   

Penyelesaian:
Anda perlu menutup pangkalan data semasa membuat Test Connection atau periksa balik path yang ditulis sama dengan tempat yang folder yang ingin anda simpan.


3.    Data yang anda masukkan dalam text boxes tidak keluar pada paparan skrin.
           
            Penyelesaian:
Anda perlu pastikan nama setiap item dalam text field adalah sama dengan text field di MS access supaya tiada masalah untuk memindahkan data ke dalam pangkalan data.


4.    Semasa view file dalam browser, tidak semua data anda keluar pada paparan skrin.

            Penyelesaian:
            Anda perlu setup repeat region kerana jika anda tidak setup fungsi ini, data anda yang  
            terkini sahaja yang akan keluar. Dengan adanya fungsi repeat region, semua data     
            yang diisi oleh pengguna dalam satu file akan keluar pada paparan skrin. 



Sekian reflection untuk minggu ni..fuuhh penat mengarang.. =D

No comments:

Post a Comment