Sunday 21 October 2012

Reflection: Week 2

Reflection Week 2

Assalamualaikum you alls!!! Setelah sekian lama blog ini terkubur, jadi sekarang saya kembali untuk menulis hehehe..Minta maaf sgt2 Dr Zaida sbb lambat buat reflection.. Insyaallah lepas ni x buat lagi =D. 


Website, Webpage dan Portal

Website - Mengandungi gabungan atau koleksi beberapa laman web, gambar,tulisan,audio atau video yang boleh di akses melalui internet.

Webpage -  Sebuah dokumen yang biasanya ditulis dalam bentuk HTML dan boleh di akses melalui HTTP. HTTP pula adalah protokol yang memindahkan maklumat daripada web server ke web browser seperti yang dilihat oleh pengguna.

Portal - Portal biasanya memberikan banyak informasi yang berhubungan dengan tema    website tersebut, sama ada dari website lain atau dari website itu sendiri, digabungkan sehingga pengunjung hanya cukup melihat pada satu website saja sudah mengetahui pelbagai informasi. 



Laman Web Bersifat Statik dan Dinamik


Apa yang boleh saya simpulkan selepas kelas minggu ini ialah laman web terbahagi kepada dua iaitu laman web statik dan laman web dinamik.

Laman web statik ialah laman web yang hanya boleh dilihat isi kandungannya dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti berkaitan interaksi dengan laman web tersebut. Pengguna hanya dapat klik pada pautan dan dokumen akan berpindah kepada laman web yang berikutnya. Laman web statik selalunya mempunyai fail untuk setiap halaman di dalam laman web berkenaan. Sekiranya sesebuah web statik mempunyai 1000 buah halaman web, maka pembangun laman web perlu menyediakan 1000 fail yang berkaitan. Pengurusan dan pengendalian akan menjadi sukar kerana semakin banyak halaman perlu ditambah atau dikemaskinikan. Web statik ini biasanya menggunakan kod HTML yang ditaip pada pengedit teks seperti Macromedia Dreamweaver, Microsoft FrontPage, Notepad atau Wordpad yang kemudiannya disimpan dalam bentuk *.htm atau *.html. 


Laman web dinamik pula membolehkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan laman web bagi melakukan atau mengolah maklumat yang diingini. Web dinamik bermaksud web yang tidak pegun dan sentiasa berubah mengikut perubahan masa. Contoh laman web dinamik ialah sistem tempahan penerbangan daripada Air Asia. Melalui sistem ini, pengguna boleh membuat tempahan penerbangan dengan memasukkan terlebih dahulu maklumat penerbangan seperti jenis penerbangan, tarikh, dan lokasi.




Laman Web Statik                                                                                  

-kesukaran untuk menguruskan laman web sekiranya melibatkan banyak dokumen web   terlibat.

-tidak boleh berubah secara automatik.

-maklumat perlu sentiasa dikemaskini untuk mengelakkan keusangan.

-pelawat tidak boleh membuat pencarian data secara masa nyata.

-pelawat tidak boleh berinteraksi secara masa nyata dengan pentadbir atau pelawat lain.




Laman Web Dinamik 

-pengurusan laman web lebih mudah walaupun melibatkan dokumen web yang banyak.

-maklumat boleh berubah secara automatik berdasarkan konfigurasi yang ditetapkan.

-tidak perlu kerap dikemaskini.

-pelawat boleh mendapatkan data secara masa nyata melalui carian pada pengkalan data.

-pelawat boleh berinteraksi secara masa nyata dengan pentadbir dan pelawat lain.


                                ASP VS PHP

ASP
  • work with Microsoft Server
  • run in windows-based (boleh didalam Linux sekiranya ada ASP-Apache program)
  • programming language : visual basic
  • costing : lebih mahal (perlu beli additional tools)
  • flexibility to database connection : cannot connect to MySQL (perlukan MS-SQL)
  • speed : lebih lambat dati PHP

PHP
  • works with Linux/Unix server and NT server
  • run in windows,solaris,Unix and Linux based
  • programming language : C/C++
  • costing : tiada kos. (open source)
  • flexibility to database connection : boleh menggunakan MySQL
  • speed : lebih cepat

Seterusnya Dr Zaida memberikan satu tugasan iaitu "Checklist of Basic Skills on Web-based Development". Tujuan Dr Zaida memberikan tugasan ini adalah untuk membiasakan diri untuk menggunakan perkara asas di dalam Adobe Dreamweaver seperti memasukkan gambar, hyperlink, link untuk email, link kepada webpage lain, anchor,layers, timeline dan banyak lagi.. Anda jangan risau..Semua ini mudah dan boleh mencuba semua ini di rumah tanpa pengawasan Dr Zaida.. Sebab sekarang ni banyak nota-nota tutorial dan video tutorial dalam Youtube yang kita boleh lihat.. Selain itu, segala masalah yang dihadapi, pandangan atau perkongsian ilmu boleh dibincangkan dalam group facebook yang telah Dr Zaida buat. Ini adalah antara nota berkaitan dengan dreamweaver Introduction to Dreamweaver, Intermediate Dreamweaver , dan Advanced Dreamweaver.