Thursday 27 September 2012

Reflection Week 1


Reflection Week 1


Assalamualaikum semua!!!

Sebelum memulakan perbincangan mengenai kelas Authoring System ini, lebih baik saya perkenalkan diri saya.. Nama yang diberi ialah Nornadiah binti Zulkifly. Pelajar semester 2 Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) di Fakulti Pendidikan UTM. Selamat datang kepada diri sendiri ke Fakulti Pendidikan sebabnya masa Sarjana Muda dulu di Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat UTM pengkhususan dalam Komputer Industri.. I sayang betul dengan UTM.Umm.. mesti ramai yang tak pernah dgr kn Komputer Industri tu apa.. Jadi kalau nak tau kena la google hehehe.. Tujuan saya mengambil pendidikan teknologi adalah untuk lari daripada membuat programming atau sistem, akan tetapi jodoh dengan programming atau sistem ni memang kuat btol la dengan saya.. Bila masuk kelas authoring system ni dapat tahu ada kena mengena dengan membuat sistem..Haiiyyaa!!!! Memang tepuk dahi berkali-kali la..

Kelas pertama bermula pada 11/9/2012 pada pkul 4 petang. Setelah masuknya PM Dr. Zaidatun Tasir, kami diberikan course outline. Kami diberi penerangan mengenai course outline tersebut. Subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu 1. Menggunakan Adobe Flash 2. Membangunkan aplikasi web dengan menggunakan ASP & PHP dalam Adobe Dreamweaver. Bagi saya subjek ini bkn totally benda baru bagi saya sebab masa degree dulu pernah belajar semasa buat assignment.. Akan tetapi pada waktu itu, saya menggunakan ASP dan Microsoft Visual Studio 2008. Manakala Adobe Flash saya belajar masa di matrikulasi dulu.. OMG, sangat lama tu, dah tak berapa ingat. Maka, perkara yang baru bagi saya adalah Adobe Dreamweaver dan Adobe Flash 2.Subjek ini syarat wajib yang perlu diambil sebelum mendaftar program elektif (Multimedia Development). Oleh itu, walau susah macamana pun kena lulus dengan cemerlang..Insyaallah.