Thursday 15 November 2012

Reflection: Week 4


Reflection Week 4



Assalamualaikum.


Kelas authoring minggu ini Dr Zaida telah membuat ulangkaji berkaitan kelas yang lepas kerana ramai rakan-rakan yang bermasalah dalam tugasan yang diberi minggu lepas. Alhamdulillah, saya masih dapat mengikuti apa yang Dr Zaida ajar walaupun Dr ajar mcm express train hehehe.. Dr Zaida menunjukkan semula langkah-langkah untuk install Internet Information Services (IIS) dan How to Create a Contact Form in Dreamweaver CS3 using ASP.Kami diberikan tugasan kumpulan pada minggu lepas dan ahli kumpulan boleh pilih. Jadi, saya, ana dan farhah bersetuju untuk membuat tugasan sama-sama. Tugasan ini memerlukan kami untuk membina satu page berkenaan registration. Alhamdulillah, kumpulan saya bersemangat untuk membuat perbincangan di PSZ dan  berjaya menyiapkan tugasan ini sebelum dateline setelah menempuhi pelbagai masalah. Antara masalahnye missing folder dalam windows, connection string, permission untuk access file..  Umm apa gunanya ahli kumpulan lain hehehe.. kami pon berbincangla sampai google2 then tak dapat sampai Tanya kt group facebook plak. Kalau dalam Wonderpets mesti dia nyanyi “APA YANG PENTING!!!! KERJASAMA” =D


TARRAA…Ini adalah registration page hasil daripada kumpulan kami.




Dan ini adalah registration details. (view)







Dalam Exercise ini, kami telah mengaplikasikan apa yang diajar dalam kelas sebelum ini. Untuk membuat registration details, kami telah memasukkan form,label, text boxes, text area,table dan submit button. Selain itu, kami mencuba untuk menukarkan background webpage kepada warna kelabu. Kami juga mencuba untuk memasukkan gambar logo UTM dalam webpage untuk kelihatan lebih cantik. Akhir sekali,masa dah nak hantar Exercise ni barula kami perasan yang dekat registration details, dari nombor 3 terus lompat nombor 11. Tersebut la kisah, masa kami testing untuk page kami ni, kami  masukkan je apa-apa data dan delete tanpa fikirkan kesan lain yang terjadi. Sebenarnya yang terjadi adalah, database guna ID autonumber. So apabila kita delete data yang kita dah masukkan, nombor ID tidak akan berkurang kecuali la anda membuat programming yea..Then, hasilnya jadi la macam tu. Minggu depan Dr Zaida kata akan belajar mengenai PHP. Harap-harap saya dapat memahami seperti belajar ASP.

No comments:

Post a Comment