Friday 16 November 2012

Reflection: Week 5

Reflection Week 5



Assalamualaikum



Minggu ini kami beralih arah pula kepada penggunaan PHP dan MySQL bersama dreamweaver CS2.  Apa itu PHP dan MySQL??? PHP sebenarnya adalah singkatan bagi Hypertext Preprocessor. PHP websites adalah lebih dinamik di mana pengguna boleh berinteraksi dan bertukar maklumat apabila menggunakan pangkalan data website tersebut. Kelebihan menggunakan PHP adalah kebanyakkan tools berkaitan dengannya adalah open source jadi kita tidak perlu bayar apa-apa pun. Oleh sebab itu, kebanyakkan lebih gemar menggunakan PHP daripada ASP. Tetapi mana yang lebih mudah dan selesa digunakan adalah bergantung kepada pendapat pengguna itu sendiri.


Sebelum ini, kita telah menggunakan  Microsoft Access sebagai pangkalan data untuk ASP tetapi untuk PHP kita menggunakan pangkalan data MySQL. MySQL digunakan untuk menyimpan, menyusun, mengatur dan memaparkan maklumat. Di dalam MySQL, terdapat beberapa RESERVED WORD (link contoh) yang tidak boleh digunakan bagi nama table dan column kerana MySQL menggunakan ayat spesifik tersebut untuk pemprosesan arahan. Jadi apabila anda menggunakan reserved word tersebut, MySQL akan menjadi keliru. PHP boleh install di dalam Windows tetapi perlu la install Apache server dan MySQL terlebih dahulu. Sekiranya kita install WAMP atau XAMPP, komputer anda akan automatik akan install sekali dengan PHP, Apache server, PHPMyAdmin,  MySQL dan SQLiteManager. Untuk pengetahuan anda WAMP adalah singkatan bagi “Windows”, “Apache”, “MySQL”, dan “PHP”. Manakala XAMPP adalah singkatan bagi “X= cross platform”, “A= Apache”, “M= MySQL”, “P= PHP”, “P= Perl”. Klik ini untuk memuat turun WAMP. Manakala klik ini untuk memuat turun XAMPP.


Antara WAMP dan XAMPP, mana satu yang bagus? Sesetengah mengatakan XAMPP lebih mudah digunakan berbanding dengan WAMP dan sebaliknya. Kebanyakkan pereka web pula memilih XAMPP kerana XAMPP mempunyai Perl dan kedua-dua versi PHP4 dan PHP5. Malah pereka web boleh menukar versi-versi tersebut.  


Nak tau tak kenapa kita perlu install Apache?? Apache adalah web server untuk PHP yang berfungsi macam IIS dalam ASP. Peringatan kepada semua, untuk mengaktifkan web server Apache, IIS perlu dihentikan dahulu kerana kedua-dua web server ini menggunakan port yang sama iaitu port 80. Sekiranya anda ingin menggunakan kedua-dua web server anda perlu menggunakan port yang berlainan. Setelah anda hentikan IIS, anda boleh mula run apache dan MySQL dengan menggunakan Xampp. Xampp adalah sejenis virtual server yang digunakan untuk run program atau fail php dan mysql. 


Dalam kelas, Dr Zaida mengajar kami untuk saya belajar untuk


1.     Setup a Site
Semasa setup site,kita perlu memilih untuk menggunakan server technology. Untuk kelas minggu ini, sudah tentu kita harus memilih PHPVBSricpt sebab belajar tentang PHP.


            2.     Setup the Database file in PHPMyAdmin
Saya belajar create database & tables,insert, edit dan delete data dalam table pangkalan data MySQL menggunakan PHPMyAdmin. Perlu diingatkan bahawa jika kita mempunyai 5 perkara yang perlu diletakkan contoh (surname, firstname, email, website, message), bilangan field adalah 6. Formula bagi bilangan field adalah

field = n+1 (ID-Primary Key)
field = 5+1
field = 6


3.    Setup Contact Form
                     Seperti kelas sebelum ini, saya belajar memasukkan form,label, text boxes, text  
                     area dan submit button.  

2.     Setup the Connection
3.     Writing a data into a database using Insert Record
4.     Reading/viewing a data from a database using RecordSet
5.     Execute the file

No comments:

Post a Comment