Saturday 17 November 2012

Reflection: Week 6

Reflection Week 6


Assalamualaikum


Kelas pada minggu ini saya tidak dapat hadir atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Maklumla sekarang musim hujan panas hujan panas huhuhu… Sedih sebab tertinggal kelas Dr Zaida. Walaupun tak dapat datang, tetapi saya tetap kena belajar sendiri. Terima kasih pada Ana sebab tolong ambilkan nota untuk saya dan membawa perkhabaran gembira iaitu minggu depan xder kelas hehehe.. Ehem2 kata Dr Zaida, mesti la banyak kerja yang dia akan bagi. Jadinya pada minggu depan walaupun tidak ada kelas tetapi kami ada tugasan yang perlu dibincangkan sebelum balik Raya Haji yeay!!!!
Okay2 kita balik semula pada topik yang asal, Ana kata minggu ini belajar pasal membina page untuk registration dan user authentication. Setelah apa yang Ana terangkan, saya dpt simpulkan terdapat 4 jenis user authetication iaitu:


1.    Log In User
Sebelum pengguna login ke dalam laman web atau sistem, mereka mestilah terlebih dahulu membuat pendaftaran dengan mengisi maklumat peribadi.  Setelah itu, pengguna boleh login pada user authentication, supaya boleh mengakses sesuatu laman web atau sistem dengan memasukkan username dan password.


2.    Restrict Access to Page
Fungsi ini pula membolehkan admin menghadkan akses laman web tersebut mengikut tahap akses yang tertentu. Contohnya, admin boleh edit, view, delete, insert maklumat pada page tersebut manakala pengguna hanya boleh akses page yang tertentu sahaja.


3.    Check New Username
Username merupakan sesuatu yang unik iaitu satu username hanya untuk satu pengguna sahaja. Jadi “check new username” akan berfungsi untuk mengelakkan pengguna baru menggunakan username yang sama dengan pengguna sedia ada.  Sekiranya terdapat pengguna baru yang ingin menggunakan username yang sama dengan pengguna sedia ada, satu message akan dikeluarkan untuk menyatakan bahawa username itu telah digunapakai.


4.   Log Out User
Apabila pengguna telah selesai menggunakan laman web atau sistem, pengguna mestilah logout supaya akaun anda tidak digunakan oleh orang lain. Contoh: apabila anda telah selesai berurusan menggunakan cimbclicks, sudah semestinya anda perlu logout supaya pengguna lain tidak menyalahgunakan akaun cimbclicks anda. Namun, pereka laman web telah set kan sekiranya pengguna tidak membuat apa-apa dalam 10 minit, akaun tersebut akan automatik logout.

No comments:

Post a Comment